Wacana Ilmuan:
Sebenarnya masa balik cuti raya baru ni saya sempat melawat sendiri tempat operasi syarikat ini di Bunut Susu, Kelantan. Nampaknya syarikat ini pun giat menjalankan promosi melalui radio Kelantan. Masyarakat umum pun sibuk berbincang, apa hukum melabur disana? Nampaknya amat mengguntungkan. Sekali labur terus dapat sampai bila-bila.
Sebelum saya mengulas tentang hukum melabur dalam program yang ditawarkan, ada baiknya kita mengenali sedikit sebanyak tentang syarikat ini. Anda digalakkan melayari web syarikat ini untuk mengetahui lebih lanjut tentang syarikat sebelum kita menganalisis hukum pelaburan yang ditawarkan. Dibawah ini dimuatkan sebahagian daripada maklumat tentang syarikat dan pekej yang ditawarkan.
Dalam kes pelaburan ikan keli, pelabur boleh pergi melihat sendiri tapak projek dan menilai kewajarannya. Saya telah sempat meninjau dan menerima penerangan daripada pihak pengurusan. Saya telah dimaklumkan dengn perkara-perkara berikut:
1-Saya perlu membeli ikan keli dan peralatan dalam pakej yang ditawarkan.
2-Ikan dan peralatan yang dibeli adalah milik saya dan syarikat menguruskan ikan dan barangan tersebut.
3-Saya bukan menyertai saham syarikat.
4-Saya akan mendapat pulangan tetap setiap 4 bulan
5-Program ini bukannya skim cepat kaya.
6-Perjanjian didokumenkan.
Hasil daripada penerangan yang saya dapati secara lisan, meneliti laman web yang disiarkan maka beberapa perkara penting dapat saya rumuskan :
1-Jual beli yang dilakukan menggandungu gharar, ini kerana ikan keli yang dibeli itu tidak diketahui dimana letaknya, bila saya mahu melihat ikan keli yang nahu dibeli, pihak pengurusan mengatakan bahawa ianya dicampur dengan ikan keli orang lain, bila saya mahu melihat peralatan yang dibeli dikatakan bahawa ianya juga tidak dapat ditunjukkan kerana dicampuradukkan.
Dalam sistem muamalat Islam, barang yang dijual beli mestilah diketahui dan boleh diserahkan. Kita tidak boleh menjual sesuatu yang tidak diketahui kerana ianya akan melibatkan peganyayaan.
Suasana ikan yang bercampur gaul itu tidak memungkinkan kita menjualkannya kepada ramai orang tanpa mengetahui hak masing-masing. Jka berlaku kematian ikan, maka siapakah yang akan menanggungnya?
2-Tindakan syarikat yang meletakkan pulangan yang tetap berdasarkan modal pelabur adalah satu janji terhadap keuntungan. Islam tidak membenarkan janji untung diberikan berdasarkan modal kerana keuntungan dalam perniagaan adalah sesuatu yang tidak pasti.
Selain dari dua faktor yang telah diterangkan, beberapa perkara juga perlu diberi perhatian oleh masyarakat.
1- Apakah pihak yang menggumpul dana mendapat kebenaran dari pihak berkuasa seperti Bank Negara.
2- Memang perjanjian yang dibuat secara bertulis tetapi erlu diingat bahawa setiap perjanjian yang dilakukan tidak akan bernilai dalam pembuktian kecuali setelah disahkan oleh suruhanjaya sumpah.
3-Apakah projek yang ditunjukkan itu mampu menjana keuntungan yang besar sehingga mampu membayar keuntungan 100% dalam masa setahun sedangkan tabiat perniagaan tidak memungkinkan pihak pengurusan untuk membayar jumlah tersebut.
4-Mengapa mereka tidak memohon pinjaman bank yang nisbah profit atau bunga antara 4%-7% sahaja. Mengapa mereka sanggup membahagikan keuntungan mereka kepada orang lain dengan jumlah yang terlalu besar bezanya.
Sebenarnya dengan mendapati sesuatu pelaburan itu haram disudut syariah sudah cukup untuk menjadikan seseorang muslim menjauhinya dan menyucikan harta mereka, namun demikian sifat malas berusaha, tamak dan kejahilan telah menyebabkan umat islam di Malaysia mudah terjebak dalam bentuk pelaburan haram yang bertentangan dengan syariah.
Mereka mungkin warak dalam persoalah tertentu dalam agama, namun demikian mereka akan mencampakkan seluruh ketundukan kepada Allah bila dijanjikan dengan keuntungan wang ringgit. Sewaktu saya berbincang dengan seorang kawan yang bertugas di Bank Negara, beliau telah mendedahkan bahawa siri ceramah beliau telah menunjukkan masyarakat Islam di Malaysia amat jahil dalam persoalan halal haram dibidang muamalat. Sungguhpun penampilan mereka kelihatan warak dalam beberapa keadaan tapi itu tidak menunjukkan mereka sanggup menjauhi riba, judi dan penipuan. Saya agak terkejut dengan ulasan beliau tetapi itulah hakikat yang tidak boleh dipandang mudah oleh masyarakat Islam masakini.
1 comments:
Bagaimana dengan pelaburan yang diseliaa oleh FAMA atau Jabatan Pertanian Malaysia..... ??? Sama je ke ?
Post a Comment